Thursday, July 10, 2014

Siapalah kita tanpaNya...

Percaya tak bahawa setiap yang kita lakukan akan jadi sia-sia kalau tidak kerana Allah? 

Itulah hakikatnya .... Hidup kita yang sementara ini rupanya dengan misi untuk menyembah Allah. Setiap minit, setiap saat, setiap yang kita lakukan, semuanya dicatatkan pahalanya. Itupun kalau kita buat kerana Allah. 

Sebab itu dalam solat kita berikrar .... Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah. Mengapa pula mahu kerana Allah? Kerana Dia yang menciptakan kita. Dia yang memberi kita kehidupan di alam seindah ini.

Bayangkan kalau kita terpaksa bayar 20 sen setiap satu kali sedut nafas? Maklumlah, udara Allah yang punya. Mahukan udara, silalah bayar. Kalau macam itu, macamana? Tentu sudah lama kita kejung! Itu contoh yang senang. Banyak lagi boleh difikirkan.

Jadi, kalau dalam hidup ini kita buat syok sendiri, tidak kerana Allah, apa hasilnya? Jawapannya.... rugi, sia-sia, buat penat sahaja. 

Kerana hidup ini Allah yang beri. Diri kita Allah yang punya. Siapalah kita tanpaNya....

Jumpa lagi. Salam ingatan.

No comments: