Jika
dihitung dengan jari usia Fitrisha baru mencecah enam belas tahun.
Masih hingusan, masih belum tahu banyak perkara mengenai kehidupan.
Masakpun belum pandai. Berkemaspun masih dengan tunjuk ajar ibunya.
Lagipun Fitrisha anak sulong. Puan Maria berharap agar dia akan menjadi
contoh kepada adik-adiknya yang lain. Sekurang-kurangnya belajar sampai
setinggi mana yang boleh, memperolehi pekerjaan dan barulah fikirkan
soal teman lelaki.
“Sekarang bukan masa nak berboyfriend,
Fitrisha. Belajarlah dahulu. Bila besar nanti, ada ilmu, ada pekerjaan,
jodoh tak kemana.” Leter ibunya setiap kali gusar dengan tingkah laku
anak gadisnya yang semakin galak berkawan dengan budak Asrul. Seringkali
juga teman lelakinya datang ke rumah. Mujurlah Puan Maria tidak bekerja
dan sentiasa ada di rumah. Bolehlah dia mengawasinya. Adakalanya dia
mencuri-curi keluar dengan Asrul. Puan Maria sendiri hairan apalah yang
dikejarkan sangat dengan budak Asrul bermotor kapcai itu. Bekerjapun
kerja kilang sahaja. Puan Maria puas menasihatkan bukan sekadar anak
perempuannya malahan juga teman lelaki anak gadisnya juga. Dia meminta
kerjasama Asrul agar tidak mengganggu anaknya kerana Fitrisha masih
bersekolah lagi. Sudah tentulah dia belum matang untuk memikirkan mana
satu baik dan buruk jika tidak dipandu dan diingatkan. Masalahnya jika
seringkali diingatkan Fitrisha akan memberontak, merajuk dan
menghilangkan diri ke rumah kawan.
Cinta ibarat api, kadang-kadang ia menerangi namun adakalanya membakar diri, jika tanpa iman dan taqwa.
PS: Mampukah Fitrisha mengatasi gelora usia remajanya atau sudah terhantuk baru terngadah? Cerita ini adalah sebahagiaan daripada jendela hidup seorang insan yang akhirnya disedarkan oleh realiti kehidupan. Bersambung.