Tuesday, February 4, 2014

Rajuk-Rajuk Remaja

Remaja merajuk? Remaja dan merajuk memang sinonim! Sekejap-sekejap mahu merajuk. Merajuk dengan emak, dengan kakak, dengan abang, dengan ayah mungkin kurang. Sebabnya ayah garang! Ada juga yang terlebih manja dengan ayah. Bolehlah tunjuk merajuk. Hihi.

Merajuk memang normal tetapi kalau terlalu kerap terutamanya dengan kawan-kawan, mereka akan lama-kelamaan menjadi menyampah atau tidak suka dengan kita. Kawan-kawan suka kawan yang 'sporting', boleh bergurau, senang diajak berunding. Kawan-kawan tentunya bengang jika kita asyik tunjuk muka kelat merajuk.

Apa sebab merajuk?

  • Tidak memperolehi apa yang dimahukan
  • Inginkan perhatian
  • Menunjukkan rasa protes atau memberontak
  • Rasa tidak puas hati
  • Cemburu
  • Ada orang lebih hebat darinya
Orang yang lebih tinggi egonya lebih mampu menyimpan rasa merajuk terutamanya lelaki. Biasanya lelaki jarang merajuk. Tapi jika mereka merajuk situasi mungkin lebih teruk daripada perempuan yang sinonim dengan perangai suka merajuk. Lagi susah mahu dipujuk. 

Walaupun perempuan sinonim dengan merajuk, namun ada perempuan yang jarang tunjuk rasa merajuk. Perempuan jenis ini memang agak maskulin. Bukan maskulin perangainya tetapi maskulin dari sudut cara berfikir dan bersikap. Mereka lebih terbuka dalam banyak situasi.

Apa yang boleh dibuat jika mahu merajuk?
  • Bercakaplah dengan orang yang kita percayai seperti kawan baik, cikgu dan sebagainya.
  • Berterus terang dengan orang yang kita tidak puas hati.
  • Ajukan soalan dan kemusykilan kepada orang yang arif; patutkah kita merajuk.
  • Diam dan ambil masa berfikir tentang masalah yang dihadapi sehingga membawa kita merajuk
  • Fikirkan adakah berbaloi untuk kita rajukkan benda yang remeh itu.
  • Fikirkan untung atau rugi merajuk.
  • Buat tindakan yang lebih menguntungkan.

Apabila hati sudah berbuku, rajuk memang menjerut rasa. Walau apapun alasan merajuk, jangan merajuk dengan ibu bapa sehingga lari dari rumah. Ramai yang hilang dan ramai yang menyesal kerana lari dari rumah. Semuanya kerana ikutkan perasaan merajuk yang amat sangat! 

Merajuk hanya pada yang kasih. Yang pasti Allah sentiasa mengasihi hamba-hambaNya walaupun Dia dilupakan!

Monday, February 3, 2014

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015

Tarikh-tarikh untuk diberi perhatian oleh lepasan SPM & STPM:

Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015

19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik & Ilka,STPM & Diploma setara
7/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM


Semoga kita tidak terlepas sesuatu yang berharga untuk masa depan kita.