Perceraian seringkali menjadi punca ketandusan kasih sayang dalam jiwa anak-anak sama ada yang masih kecil ataupun remaja.
Banyak masalah remaja berpunca dari rumah atau keluarga yang pincang. Lantaran itu mereka kekurangan didikan agama, kasih sayang atau terdedah dengan pelbagai pengaruh yang akhirnya mengheret mereka ke kancah masalah sosial. Namun begitu, terdapat juga remaja yang masih bernasib baik walaupun pernah menjadi mangsa perceraian ibu dan bapa semenjak kecil lagi.
Helmey tetap meneruskan perjuangan hidupnya sebagai seorang yang menumpang kasih dengan keluarga angkat semenjak ibu dan bapanya berpisah. Helmey amat berterima kasih dengan keluarga angkatnya yang baik hati tetapi semangatnya terus membara untuk berdikari di atas kaki sendiri walaupun masih di bangku sekolah. Dia rela mengambil upah memerah santan untuk mencari duit poket. Helmey tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa angkatnya kerana ramai lagi adik-adik angkatnya yang masih perlu dibela.
Tambahan pula dia sedar siapa dirinya. Hanya menumpang teduh sementara semenjak ibunya menyerahkannya kepada ibu angkatnya sewaktu dia masih kecil dahulu. Perkara yang paling menguji Helmey ialah dia rindukan ibu dan bapanya. Dia masih ingat lagi sewaktu kecil ayahnya mendukungnya pergi berjalan-jalan. Dia rindukan belaian kasih ibunya yang pernah dirasainya sewaktu kecil dahulu. Kini rindu itu amat mencengkam dadanya terutamanya sewaktu takbir berkumandang di aidil fitri.
Mampukah Helmey menggalas kemelut yang sedang bersarang dalam jiwanya di samping mengejar cita-cita dalam pelajarannya serta menebus nasib hidupnya yang seakan-akan tersisih daripada kasih keluarga yang amat dirinduinya? Bagaimana akhirnya keputusan peperiksaan SPM Helmey? Kemana haluannya selepas ini? Apa prinsip hidup yang terbina dalam jiwanya hasil daripada pengalaman hidupnya selama ini?

Jika anda berupaya belajar bagaimana menggunakan pengalaman yang menyakitkan dan menyenangkan daripada dikuasai oleh keduanya, maka anda sebenarnyasudah menguasai hidup anda. Itulah rahsia kejayaan.(Tony Robbins)
No comments:
Post a Comment