Monday, November 4, 2013

SPM oh SPM


SPM semakin hampir. Anda sudah ada target dan matlamat. Kini hanya perlu fokus. Pastikan semua tindakan difokuskan kepada matlamat dan sasaran. Abaikan perkara sampingan yang tidak penting untuk mencapai sasaran.

Untuk seketika ini, tangguhkan sementara:
1. TV dan radio
2. FB dan internet
3. Handset dan gajet
4. Bahan bacaan yang tidak berkaitan
5. Social network dan clubbing (jika ada)

Untuk seketika ini, fokus kepada:
1. Tidur yang cukup
2. Makanan yang seimbang dan teratur
3. Senaman yang menyihatkan 
4. Tajuk-tajuk target
5. Ulangkaji nota panjang dan pendek
6. Soalan-soalan latihan SPM bersama jawapannya

Untuk seketika ini (dan selamanya), pelihara:
1. Hubungan dengan Allah - solat, puasa sunat, Quran.
2. Hubungan dengan ibu bapa, guru - sentiasa baik.
3. Hubungan dengan orang lain - elakkan masalah.

Jika ada yang belum selesai, jangan panik dan jangan fikir terlalu mendalam. Baca sahaja apa yang belum dibaca, capai sahaja apa yang belum dicapai. Fikir mudah, buat segera. Just do it!

Selamat menempuh SPM. Didoakan anda semua berjaya.

No comments: